Fighting Esports Group (FEG) dengan secara rasminya mengumumkan Kejohanan E-Sukan Laluan Sutera yang akan mempertandingkan permainan Honor of Kings (dikenali sebagai Arena of Valor di Malaysia). Kejohanan tersebut di-anjur dengan kerjasama bersama Tencent dan juga China Culture & Entertainment Industry Association.

Kejohanan tersebut akan berlangsung dari 1 Jun 2019 sehingga 16 Jun 2019 dan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak CNY 50 ribu(~RM30 ribu). Mereka mensasarkan pemain dari 14 negara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Myanmar, Laos, Kemboja, Filipina, Brunei, Bangladesh, Sri Lanka, India, Pakistan, Arab Saudi dan UAE. Pendaftaran kini dibuka sehingga 20 Mei 2019.

Ia akan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu kelayakan, penyingkiran dan akhir. Pusingan kelayakan untuk 16 pasukan akan berlangsung secara dalam talian. 8 pasukan yang layak ke pusingan penyingkiran akan berlangsung secara luar talian pada 15 Jun 2019. Manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 16 Jun 2019. Kedua-dua pusingan tersebut akan dianjurkan secara luar talian di Kuala Lumpur.

Juara kejohanan ini akan melawan pasukan daripada Korea King Pro League (KRKPL) untuk kelayakan bagi Honor of Kings World Champion Cup. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut anda boleh layari match.fegsports.com

Sohor Kini