Skip to main content

Seperti yang kami laporkan sebelum ini di mana Ubisoft akan mengumumkan permainan baharu yang mungkin adalah berdasarkan dunia permainan Tom Clancy, tampaknya pengumuman tersebut tertiris melalui laman rasmi Ubisoft sendiri di mana permainan tersebut adalah Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint, iaitu Ghost Recon seterusnya oleh mereka.

Melalui laporan Polygon, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC pada 4 Oktober ini. Di dalam senarai yang tertiris oleh Ubisoft juga kelihatan permainan tersebut juga akan dijual dengan beberapa edisi permainan seperti edisi Collector’s khas melalui imej di atas.

Dari segi kandungan permainan pula, Ghost Recon: Breakpoint tampaknya akan memfokuskan watak Cole D. Walker yang dilakonkan oleh Jon Bernthal yang mana ianya diperkenalkan ketika acara Ghost Recon: Wildlands baru-baru ini.

Dari segi bentuk permainan pula, ianya juga kelihatan akan memfokuskan bentuk multi-pemain sebanyak 4 pemain serentak seperti mana Ghost Recon: Wildlands sebelum ini.

Buat masa ini, Ubisoft masih belum mengumumkan sebarang pengumuman rasmi, namun kami percaya mereka akan kongsikannya sekitar malam ini seperti mana yang mereka janjikan sebelum ini. Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini setelah ianya diumumkan secara rasmi kelak.

Leave a Reply