Cyber Hunter iaitu permainan mudah alih pertempura royale terbaru oleh NetEase dikeluarkan secara global pada 22 April lepas, dan selepas hampir sebulan dikeluarkan, Sensor Tower menganggarkan yang ia telah dimuat turun sebanyak 5 juta kali untuk iOS dan juga Android.

Daripada jumlah tersebut, 1.1 juta muat turun adalah pemain dari Jepun dan buat masa ini telah mendapat kutipan sebanyak $350 ribu (~RM1.45 juta).

Permainan tersebut adalah satu lagi penambahan kepada permainan pertempuran royale yang diterbitkan oleh NetEase menyertai Rules of Survival, Knives Out dan Survivor Royale.

Sudah-kah anda mencuba pertempuran royale yang mempunyai elemen fiksyen sains ini?

Sohor Kini