Seperti kita sedia maklum di dalam permainan Vampire: The Masquerade Bloodlines 2 pemain akan bermula sebagai Thinblood yang boleh dikatakan sebagai berada di kasta terbawah.
Pemain kemudiannya boleh memilih untuk menyertai puak Vampire yang berlainan serta mempunyai lebih banyak kuasa. Pemain dapat memilih satu daripada 5 puak yang ada. Setakat ini, Paradox Interactive telah memperkenalkan satu puak iaitu Brujah.
Hari ini, mereka mengumumkan satu lagi puak iaitu Tremere. Puak Tremere boleh dikatakan sebagai ahli sihir yang mempunyai pengetahuan yang mendalam di dalam sihir menggunakan darah. Oleh disebabkan pengetahuan tersebut, mereka tidak mendapat penerimaan yang baik di bandar Seattle tetapi masih digeruni.
Mereka mempunyai dua disiplin yang boleh dipilih oleh pemain iaitu Thaumaturgy yang mempunyai kuasa Skewer (membaling darah ke kaki penjahat dan meletup menjadi duri tajam), Purge (membuatkan penjahat muntah darah) dan Blood Boil (dikenakan kepada penjahat yang sudah terkesan dengan purge, mengakibatkan letupan). Penggunaan kuasa disiplin ini di tempat awam adalah satu kesalahan.
Satu lagi disiplin adalah Auspex yang lebih pasif, ia mempunyai kuasa Aura Sense yang membolehkan pemain untuk mengesan penjahat di kawasan terdekat dan mengetahui kelemahannya. Satu lagi kuasa adalah Psychic Projection yang membolehkan pemain bergerak di dalam bentuk roh, tidak dapat dikesan oleh orang lain. Penggunaan kuasa disiplin ini di tempat awam dibenarkan.
Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 akan dikeluarkan pada suku pertama tahun 2020 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.