Pada tahun lepas, Federal Trade Commission (FTC) iaitu satu badan yang bertanggungjawab menjaga hak pengguna di Amerika Syarikat telah membuka kertas siasatan untuk ke atas kotak tikam.
Minggu ini, seorang senator (ahli parlimen) di Amerika Syarikat iaitu Josh Hawley telah memperkenalkan satu rang undang-undang untuk mengharamkan kotak tikam serta mikro-transaksi untuk permainan yang mempunyai pemain di bawah umur 18 tahun.
Rang undang-undang yang berjudul “The Protecting Children from Abusive Games Act” akan di bawa ke US Senate (parlimen) tidak lama lagi. Berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan bersama dengan pengumuman rang undang-undang, beliau menggunakan permainan Candy Crush sebagai contoh permainan yang mempunyai elemen bayar-untuk-menang.
Beliau juga mengatakan permainan yang direka untuk kanak-kanak tidak seharusnya membuat keuntungan daripada ketagihan. Manakala untuk permainan matang yang dimainkan oleh kanak-kanak, mereka tidak seharusnya dapat melakukan sebarang transaksi.
Tambah beliau lagi, pembangun permainan yang mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak harus dikenakan tindakan undang-undang. Buat masa ini tiada jaminan yang rang undang-undang ini akan diluluskan tetapi jika ia akan membawa satu implikasi yang besar jika ia menjadi kenyataan.
Entertainment Software Association (ESA) yang mewakili pembangun permainan mengatakan yang mereka akan berkongsi dengan senator tersebut bagaimana syarikat pembangun telah melakukan pelbagai sekatan untuk memastikan pembelian di dalam permainan bergantung kepada ibu bapa.
[info]Bacaan Lanjut: Sistem Kotak Tikam – Baik Atau Buruk Untuk Industri Permainan Video?[/info]