Jika kita bercakap mengenai siri filem John Wick di mana filem ketiga bakal ditayangkan tidak lama lagi, kita mesti akan fikirkan aksi John Wick yang sangat hebat dan juga anjing beliau.
Akhirnya, aksi yang hebat tersebut kini boleh dilakukan oleh anda sendiri melalui permainan John Wick Hex yang baru sahaja diumumkan oleh Lionsgate Games dan Good Shepard Entertainment.
John Wick Hex adalah permainan aksi strategi yang membenarkan pemain untuk merancang strategi serangan. Boleh dikatakan ia adalah seperti permainan Doorkickers. Menariknya, ia akan menyertakan pergerakan seperti di dalam filem.
Permainan ini juga akan menyertakan penceritaan yang ditulis khas melalui mod penceritaan. Ia diumumkan untuk PC dan konsol tetapi tidak dinyatakan tarikh pengeluaran serta konsol yang akan menerima. Bagi PC, ia akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Epic Games Store buat sementara waktu.