Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Pertama Siri TV Batwoman Diterbitkan

Video Acah Pertama Siri TV Batwoman Diterbitkan

Diterbitkan pada Mei 8, 2019 oleh .

The CW adalah syarikat televisyen yang bertanggungjawab menghasilkan siri TV DC seperti The Flash, Arrow, Supergirl, Constantine dan juga Legends of Tomorrow. Mereka juga telah menarik hati peminat DC dengan episod khas rentas siri yang menampilkan hampir kesemua watak setiap siri dalam 3-4 episod khas.

Siri TV DC terbaru dari The CW adalah Batwoman. Batwoman kali pertama telah tampil dalam episod rentas siri Elseworld. Batwoman juga sama dengan siri TV DC lain oleh The CW di mana ia berada dalam dunia Arrowverse. Video acah pertama khas untuk Batwoman telah dikicau. Ia memperlihatkan Kate Kane dalam kostum penuh Batwoman. Turut kelihatan adalah Bat-signal.

Batwoman akan mula disiarkan pada tahun hadapan. Episod pertama dijangkan akan bermula sekitar siri khas Crisis on Infinite Earths disiarkan. Menurut laporan, Arrow akan mati dalam siri khas ini dan siri TV Batwoman akan menggantikan Arrow. Batwoman dilakonkan oleh Ruby Rose dan konsepnya adalah sama sahaja seperti Batman atau Arrow, seorang jutawan yang menggunakan pelbagai sumber untuk menjadi adiwira.


TIPS & ULASAN