Legion adalah siri TV berdasarkan komik X-Men. Sayang sekali siri TV ini tidak berkait dengan francais filem X-Men seperti siri TV Gifted. Siri TV ini memfokuskan kisah David Haller, iaitu anak kepada Profesor Charles Xavier. David atau nama lain beliau adalah Legion, sejenis Mutant tahap Omega atau dikenali sebagai ‘Level 5 Mutant‘. Sama tahap dengan Jean Grey – Dark Phoenix. Legion juga adalah seorang yang mempunyai masalah jiwa.

Legion adalah siri TV daripada FX dan memulakan siaran pada tahun 2017. Terkini, video acah buat musim ketiga telah diterbitkan. Apa yang menarik dalam video acah ini adalah, David Haller dilihat semakin berkuasa yang mana beliau dilihat kini mempunyai kuasa mengawal masa (selari dalam komik). Bukan itu sahaja, video acah ini turut memperlihatkan Profesor Charles Xavier sedang dalam kesakitan menggunakan Cerebro, iaitu alat mencari Mutant lain menggunakan kuasa minda beliau.

Menurut FX, musim terakhir Legion turut akan memperlihatkan pertempuran Xavier dengan Shadow King. Yang mana pertempuran inilah yang membangunkan watak Legion. Jika anda ikuti siri TV Legion, musim ketiga merupakan musim terakhir dan penamat. Ia akan disiarkan pada 24 Jun ini.

Sohor Kini