Skip to main content

The International 2019 akan berlangsung bulan Ogos tahun ini di Shanghai, China. Seperti sebelum ini, Valve menyediakan The International Battle Pass untuk Dota 2 di mana setiap pembelian pas tersebut, 25% akan dijadikan sebagai hadiah terkumpul untuk kejohanan tersebut.

Battle Pass untuk tahun ini akan memberikan pemain peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan. Antara yang disertakan adalah acara khas Wrath of the Mo’rokai yang akan memberikan pemain pelbagai ganjaran apabila menyelesaikannya.

Terdapat juga Jungle Expedition yang seperti Wrath of the Mo’rokai memberikan pemain pelbagai ganjaran apabila menyelesaikannya. Selain itu, Guardians of the Lost Path iaitu rekaan khas untuk Tower disertakan sebagai antara barangan yang diberikan kepada pemain yang mencapai tahap tertentu.

Consumable baharu yang disertakan adalah Trusty Shovel, Silly Monkey, War Drums dan Snake Balloon. Cabaran baharu iaitu Coach’s Challenge akan meletakkan pemain bersama dengan pemain-pemain lain yang mempunyai MMR lebih rendah. Pemain tersebut akan menilai anda sebagai jurulatih, mendapat nilaian yang baik, anda akan mendapat lebih banyak Battle Point.

Fungsi baharu yang disertakan pula adalah Party Finder yang membolehkan pemain bermain bersama dengan pemain lain tanpa perlu menjadi rakan di Steam. Pemain juga boleh mengelak daripada bermain bersama dengan pemain tertentu. Selepas satu perlawanan selesai, pemain kini juga boleh mengundi untuk memilih pemain terbaik bagi perlawanan tersebut.

Fungsi lain yang disertakan adalah Avatar Banner, High Five, dan juga Versus Screen yang akan memperlihatkan prestasi salah seorang pemain daripada setiap pasukan. Barangan lain yang disertakan anda boleh membacanya di laman rasmi The International 2019 Battle Pass.

The International 2019 Battle Pass boleh dibeli dengan harga RM42 untuk asas, RM123 untuk bermula pada tahap 50 dan RM189 untuk bermula pada tahap 100.

[info]Steam: The International 2019 Battle Pass[/info]

Leave a Reply