Skip to main content

Microsoft sebelum ini menerima pujian daripada industri dan juga pemain apabila mengeluarkan alat kawalan yang khusus untuk orang kelainan upaya (OKU) iaitu Xbox Adaptive Controller.

Tampaknya usaha murni tersebut tidak berhenti di situ apabila Microsoft dilaporkan memfailkan satu paten untuk alat kawalan permainan video yang menyokong braille. Paten tersebut dijumpai oleh Let’s Go Digital.

Berdasarkan rekaan yang diperlihatkan, di bahagian belakang alat kawalan disertakan satu panel yang dapat membentuk huruf braille selain itu terdapat juga 6 pedal yang akan digunakan untuk pemain menulis secara braille.

Paten tersebut juga menyatakan yang alat kawalan tersebut akan turut menyokong penukaran suara ke teks. Buat masa ini ia adalah sekadar paten sahaja, tetapi melihat apa yang dilakukan oleh Microsoft sebelum ini, kami menjangkakan ia akan menjadi satu produk yang dipasarkan di masa hadapan.

Leave a Reply