EA mengumumkan yang prestasi kewangan mereka untuk suku keempat bagi tahun fiskal 2019-2020 lebih baik berbanding jangkaan mereka dan ia banyak disokong oleh kejayaan Apex Legends.

Berbeza pula dengan prestasi permainan looter shooter mereka iaitu Anthem. CEO EA Andrew Wilson mengatakan Anthem tidak mencapai sasaran mereka untuk suku keempat.

Walaupun pemain sudah menghabiskan lebih 150 jam bermain, akan tetapi mereka menyedari yang pemain inginkan lebih banyak kandungan bagi permainan tersebut. Namun, beliau percaya yang BioWare akan meningkatkan kualiti permainan ini dan masih mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk permainan tersebut.

Menariknya, EA tiada mengumumkan secara khusus mengenai jangkaan mereka bagi prestasi kewangan Anthem untuk tahun fiskal 2019-2020. Anthem dikeluarkan pada 22 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini