Nintendo akhirnya mengumumkan permainan baharu yang akan disertakan untuk Nintendo Switch Online pada bulan ini. Sebanyak 3 permainan akan disertakan iaitu Clu Clu Land, Donkey Kong Jr. dan VS. Excitebike. Kesemua permainan akan tiba pada 15 Mei 2019.

Clu Clu Land merupakan permainan tekaria yang pertama kali dikeluarkan untuk NES pada 1984. Melaluinya pemain akan menjadi seekor ikan bernama Bubbles yang ingin mendapatkan semula bar emas yang dicuri oleh landak laut.

Donkey Kong Jr. merupakan permainan sambungan kepada Donkey Kong. Ia dikeluarkan pada tahun 1982 untuk arked sebelum turut tiba ke konsol-konsol lain, antaranya adalah NES. Ia merupakan permainan platformer yang memerlukan pemain sebagai DK Jr. menyelamatkan ayah beliau yang diculik.

VS. Excitebike merupakan permainan Excitebike iaitu permaina perlumbaan motor versi multi-pemain. Ia membolehkan pemain bermain seramai 2 pemain secara pembahagian skrin. Ia pertama kali dikeluarkan pada tahun 1985 untuk arked sebelum turut tiba Famicon pada tahun 1988.

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).

Sohor Kini