Informasi Permainan Video Terkini
Hawkeye Dan Ms. Marvel Akan Disertakan Di Dalam Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order

Hawkeye Dan Ms. Marvel Akan Disertakan Di Dalam Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order

Diterbitkan pada Mei 8, 2019 oleh .

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order merupakan permainan aksi berdasarkan watak komik Marvel. Ia dibangunkan oleh Team Ninja dan akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch.

Berdasarkan laporan oleh Game Informer, Nintendo mengumumkan Hawkeye dan Ms. Marvel akan disertakan sebagai salah satu watak di dalam permainan tersebut.

Hawkeye seperti kita sedia maklum akan mempunyai kebolehan menyerang dari jarak jauh menggunakan pemanah. Manakala Ms. Marvel akan membawa kuasa beliau ke dalam permainan ini iaitu dapat membesarkan badan.

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order akan dikeluarkan untuk Switch pada 19 Julai 2019.


TIPS & ULASAN