Motion Twin hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal membawa permainan Dead Cells ke peranti telefon pintar di mana versi iOS bakal tiba suku ketiga tahun ini dan versi Android pula akan diumumkan kemudian.

Bagi anda yang baru dengan permainan ini, ianya adalah permainan aksi platformer yang dilancarkan di PC dan konsol sebelum ini. Ianya menerima pelbagai pujian dengan bentuk permainannya yang sukar dan pada masa yang sama menarik.

Menurut Motion Twin, versi permua permainan ini akan menyertakan pelbagai bentuk yang dibangunkan khas buat peranti telefon pintar seperti fungsi untuk menyerang secara automatik, sokongan kawalan melalui skrin sesentuh dan keupayaan untuk menukar butang kawalan mengikut pemain. Selain itu, Motion Twin juga mengesahkan bahawa permainan ini akan dijual secara berbayar sekali dan tidak akan menyertakan iklan mahupun bentuk mikro-transaksi seperti permua percuma lain.

Semestinya ini adalah satu pengumuman yang sangat menarik sekali untuk permainan Dead Cells. Dengan pelancarannya di konsol sebelum ini mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain, pelancarannya versi permua sudah pasti akan membuka lebih banyak pemain untuk bermainnya.

Sohor Kini