Skip to main content

Electronic Arts ataupun EA hari ini mengumumkan yang mana mereka bakal membawa servis langganan EA Access ke konsol Playstation 4 menjelang Julai ini.

Menurut Matt Bilbey, eksekutif perkembangan strategik dari EA menyatakan bahawa tujuan utama mereka membawa servis ini ke Playstation 4 adalah untuk memberi peluang dan pilihan kepada pemain bermain pelbagai koleksi permainan-permainan EA buat mereka.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan EA Access, ianya adalah langganan khas oleh EA yang mana ia menyertakan beberapa kelebihan seperti keupayaan untuk bermain dan mencuba permainan baharu lebih awal sehingga 10 jam, menerima diskaun buat promosi permainan, pernambahan sehingga 10% dan juga bermain sebilangan permainan-permainan oleh EA secara bersama seperti siri FIFA, Star Wars Battlefront, Battlefield dan sebahagainya.

Servis ini sebelum ini telah pun ditawarkan melalui Xbox One dan PC di mana kini melalui Playstation 4, ianya akan berharga $4.99(~RM21) untuk sebulan manakala untuk setahun pula hanya $29.99(~RM125) melalui PSN Store.

Buat masa ini tarikh rasmi pelancarannya masih belum dikongsikan dan kami pasti informasi lanjut akan dikongsikan menjelang E3 bulan hadapan. Servis ini sememangnya satu servis yang berbaloi buat mereka yang sering bermain permainan keluaran EA. Akan tetapi, servis ini tidak akan menyertakan permainan terkini oleh mereka secara serta merta, namun sekurang-kurangnya anda boleh mencubanya lebih awal selama 10 jam.

Leave a Reply