PlayStation Access berpeluang mencuba permainan Observation dan mereka berkongsi video mereka bermain. Melalui video tersebut, bentuk permainan untuk permainan oleh No Code ini akhirnya dipertontonkan.
Di dalam video ini, ia memperlihatkan bagaimana anda sebagai AI akan bekerjasama dengan Dr Emma Fisher yang tampaknya berseorangan di stesen tersebut.
Pemain akan bermain dari pandangan kamera yang terdapat di stesen tersebut, oleh kerana sistem AI bersambung dengan sistem stesen tersebut, pemain juga boleh mengawal peralatan.
Berdasarkan bentuk permainan yang diperlihatkan, pemain perlu menyelesaikan pelbagai tekaria untuk membantu Dr Emma dan pada masa sama memperbaiki sistem AI yang rosak. AI sepatutnya bertindak secara segera, tetapi di dalam permainan ini kerana dikawal oleh pemain sendiri, ia mungkin AI yang paling perlahan.
Walaupun ia hanya memperlihatkan bahagian awal permainan, tetapi saya sangat tertarik dengan permainan ini, bahkan sebelum ini saya juga menyenaraikan ia sebagai salah satu permainan yang menarik untuk bulan ini.
Observation akan dikeluarkan pada 21 Mei 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC (melalui Epic Games Store).