Selepas beberapa tempat di dalam Fortnite dihancurkan semasa acara Loot Lake termasuk juga Titlted Tower, Fortnite kini bersedia untuk menerima musim baharu.

Berdasarkan satu kicauan oleh akaun Twitter rasmi untuk Fortnite, Epic Games mengumumkan yang Fortnite musim ke-9 akan bermula pada 9 Mei 2019.

Bersama dengan musim baharu ini sudah semestinya pelbagai kostum, barangan di dalam permainan akan disertakan bersama dengan Battle Pass baharu.

Sohor Kini