Bulan Mac lepas, Sony mempertontonkan buat pertama kali acara State of Play iaitu acara penstriman langsung khas untuk pengumuman baharu berkait dengan Playstation.
State of Play terbaru tersebut menerima reaksi yang kurang baik apabila ia lebih memfokuskan permainan realiti maya untuk PSVR. Hari ini, Sony mengumumkan acara tersebut akan kembali pada 10 Mei kelak.
Menurut Sony lagi, kali ini, acara tersebut akan memperlihatkan lebih lanjut mengenai permainan MediEvil. Selain itu, ia juga akan mengumumkan satu permainan baharu tetapi tidak akan mempunyai sebarang maklumat mengenai konsol generasi baharu.
State of Play kali ini adalah lebih ringkas dengan durasi lebih kurang 10 minit. Ia akan disiarkan pada 10 Mei 2019, pada pukul 6 pagi waktu Malaysia.