Kita sudah sedia maklum yang Apple bakal melibatkan diri di dalam industri permainan video dengan lebih mendalam apabila mereka mengumumkan Apple Arcade pada akhir Mac lepas.

Ketika mesyuarat tahunan bagi syarikat Warren Buffet Berkshire Hathaway, CEO Apple Tim Cook berjenaka yang Warren Buffet mungkin mempunyai permainan mudah alih tersendiri. Jenaka tersebut tampaknya adalah benar, apabila permainan Warren Buffet’s Paper Wizard kini boleh dimuat turun untuk iPhone.

Permainan tersebut dibangunkan oleh Wildlife Design Inc dan diterbitkan oleh Apple sendiri. Seperti judulnya, permainan ini akan memerlukan pemain untuk membaling surat khabar ke rumah dan mendapat bayaran. Ia adalah berdasarkan sejarah hidup Warren Buffet yang pernah menjadi penghantar surat khabar.

Buat masa ini, permainan tersebut adalah agak ringkas, dan sasaran sekadar mengutip bayaran sebanyak mungkin untuk dibandingkan dengan pemain-pemain lain.

App Store: Warren Buffet’s Paper Wizard

Sohor Kini