Skip to main content

Filem ke-22 MCU, Avengers: Endgame bukanlah penamat buat fasa ketiga. Kevin Feige telah mengesahkan terdapat satu lagi filem sebagai penamat buat fasa ketiga MCU, iaitu Spider-Man: Far From Home. Dalam video acah baharu, akhirnya jelas di manakah jalur masa filem ini berada – ia adalah sekuel kepada Avengers: Endgame.

Dalam video acah ini juga ia amat berbeza dengan video acah pertama. Sebenarnya banyak yang pihak Sony dan Marvel sembunyikan. Dalam video acah ini juga, ia memperlihatkan Peter yang masih sedih akibat kematian Iron Man. Kemudian turut kelihatan, hubungan Happy dan Peter yang semakin akrab. Mengejutkan, dalam video acah ini – Nick Fury bersungguh-sungguh mencari Spider-Man dan Spider-Man pula bersungguh-sungguh mengelak daripadanya.

Paling menarik dan berada di luar jangkaan adalah, filem Spider-Man: Far From Home mengesahkan kewujudan multi-dunia (multiverse). Petikan jari Thanos turut menyebabkan dunia lain menjadi debu. Disebabkan itu Mysterio datang ke dunia Spider-Man untuk minta pertolongan. Terdapat ancaman besar selepas Thanos telah tiba, iaitu Elementals. Cuma yang menjadi persoalan, adakah Mysterio dalam filem ini benar-benar baik?

Turut kelihatan adalah watak Michelle Jones yang dilakonkan oleh Zendaya yang kini menggunakan gelaran MJ. Nama MJ ini jika anda peminat Spider-Man, pasti anda kenal. Ia adalah nama kekasih Peter Parker dalam dunia komik dan filem lain. Cuma, MJ sepatutnya adalah Mary Jane. Ada misteri disebalik watak MJ dalam filem Spider-Man terbaru ini.

Harapnya filem ini akan menjadi hebat dan menarik. Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan bermula Julai 2019.

Leave a Reply