Skip to main content

Filem Star Wars yang terbaru akan ditayangkan pada bulan Disember ini. Judul filem ini adalah Star Wars: The Rise of Skywalker dan ia merupakan episod kesembilan dalam filem-filem Star Wars. Melalui judul sahaja, banyak persoalan yang tertanya-tanya. Antaranya, siapakah yang bangkit semula? Adakah cucu Luke atau ramai yang sangkakan ia akan mengisahkan Ben Skywalker?

Persoalan itu hanya akan terjawab dalam filem ini pada bulan Disember kelak. Sebagai persediaan ke filem Rise of The Skywalker, Lucasfilm telah hadir dengan beberapa buku dalam siri ‘Journey to Star Wars: Rise of The Skywalker’. Terdapat 21 buku termasuk buku untuk kanak-kanak yang dikatakan mempunyai hubungan yang berkait kepada filem episod kesembilan ini. Cuma, yang paling penting adalah buku Resistance Reborn.

Buku ini adalah prekuel kepada filem episod kesembilan. Ia memfokuskan watak-watak seperti Poe Dameron, Jeneral Leia Organa, Rey, dan Finn. Mereka semua perlu berjuang untuk membina semula pasukan ‘Resistance’ selepas tewas kepada ‘The First Order’ dalam filem Star Wars: The Last Jedi. Jadi novel ini agak penting jika ingin tahu bagaimana jalan cerita dalam filem Rise of The Skywalker kelak berlaku. Buku ini akan dijual bermula 12 November, iaitu sekitar sebulan sebelum filem episod kesembilan ditayangkan.

Buku-buku lain adalah lebih kepada kisah lain yang memfokuskan watak lain. Contoh, Force Collector yang memfokuskan seorang remaja yang ingin mencari hubungan kuasa Force dalam diri beliau dengan Jedi. Buku-buku lain pula adalah siri-mini komik Marvel, buku-buku sebi/ilustrasi, komik kanak-kanak atau juga ensiklopedia kanak-kanak.

Leave a Reply