Informasi Permainan Video Terkini
Agents of S.H.I.E.L.D Musim Keenam Tidak Berkait Dengan Endgame – Ia Berada Di Pasca-Infinity War

Agents of S.H.I.E.L.D Musim Keenam Tidak Berkait Dengan Endgame – Ia Berada Di Pasca-Infinity War

Diterbitkan pada Mei 6, 2019 oleh .

Siri TV Agents of S.H.I.E.L.D musim kelima adalah antara musim yang agak serabut. Awal musim kelima kesemua ahli utama Agents of S.H.I.E.L.D berada di masa hadapan dan di angkasa. Selepas pelbagai misi dan pertempuran, mereka akhirnya tiba kembali ke bumi. Namun, Talbot telah menjadi ‘adiwira’ yang ganas yang digelar Graviton.

Graviton turut bekerjasama dengan makhluk asing bernama Qovas dan telah mendapat amaran yang Thanos bakal tiba ke bumi untuk musnahkannya dan Graviton berkeras untuk bekerjasama dengan Avengers untuk tewaskan Thanos. Graviton kemudiannya berpaling tadah dari kebaikan kerana mempunyai pendapat yang berbeza dengan pasukan Agents of S.H.I.E.L.D. Ketika perkara ini semua berlaku, Thanos masih belum tiba lagi ke bumi.

Kembali ke persoalan musim keenam, jika musim kelima telah memberi petanda mengenai Infinity War. Bagaimana pula dengan musim keenam? Adakah ia akan berkait dengan Endgame? Jawapannya tidak. Ini kerana, sewaktu merakam musim keenam mereka masih tidak tahu bilakah siri TV ini nakal disiarkan. Adakah lebih awal atau selepas Endgame. Kemudian, walaupun pihak penulis sudah tahu plot Endgame – tidak banyak boleh didedahkan dalam siri TV. Jadi, untuk selamat – mereka tetapkan musim keenam adalah setahun selepas Infinity War. Iaitu salah satu tahun daripada sela 5 Tahun sebelum ke Endgame.

Kemudian, ketua Marvel TV Jeph Loeb mengatakan mereka tidak inginkan siri TV ini bercanggah dengan dunia filem. Filem di MCU adalah fokus utama dan siri TV hanya menambah jalan cerita dalam dunia yang sama sahaja. Jadi bagi yang ingin tahu apa terjadi dalam MCU pada tahu pertama selepas Infinity War, sama-sama kita saksikan Agents of S.H.I.E.L.D musim keenam 10 Mei ini.


TIPS & ULASAN