Dreams merupakan ‘permainan’ yang dibangunkan oleh Media Molecule. untuk Playstation 4. Melaluinya pemain berupaya untuk menghasilkan pelbagai set bilangan kandungan seperti permainan tersendiri, muzik, animasi filem, seni dan sebagainya.

Walaupun ia masih di peringkat akses awal tertutup, tetapi pemain telah menghasilkan pelbagai rekaan yang di luar jangkaan kami. Minggu ini, seorang pereka bernama Tamir Williams telah menghasilkan semula adegan Captain America bersama Bucky Barnes bertempur dengan Iron Man di dalam filem Captain America: Civil War.

Menurut Tamir, beliau mengambil masa 12 jam untuk menghasilkan adegan tersebut namun mengatakan rekaan lain seperti perisai Captain America, suit Iron Man, persekitaran dihasilkan oleh pereka lain.

Beliau juga mengumumkan yang bakal hadir dengan satu filem pendek yang dihasilkan melalui Dreams. Jika secara akses awal sahaja Dreams telah digunakan untuk menghasilkan pelbagai rekaan, kami tidak boleh jangkakan apa yang akan hadir apabila ia tiba secara terbuka kelak.

Sohor Kini