Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Ubisoft tampaknya mengemaskini laman rasmi Skell Technology yang mana ianya merupakan sebahagian daripada jenama fiksyen yang terdapat di dalam dunia permainan Tom Clancy sebagai satu syarikat yang menghasilkan senjata dan dron.
Terkini melalui kemaskini laman tersebut, Ubisoft tampaknya mengacahkan bahawa mereka akan mengadakan satu acara SkellCon yang bakal berlangsung pada 10 Mei jam 2:30 pagi untuk waktu tempatan.
Buat masa ini, seperti anda, kami sendiri tidak mengetahui apa yang Ubisoft akan kongsikan. Namun kami percaya ianya mungkin adalah sesuatu yang baharu buat kandungan permainan Tom Clancy, sama ada permainan baharu ataupun kandungan baharu untuk permainan mereka yang sedia ada seperti Ghost Recon Wildlands dan sebagainya.
Meskipun begitu, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut berkenaannya menjelang minggu ini di sini.