Bagi anda yang meminati siri Yu-Gi-Oh!, Konami minggu ini mengumumkan yang mana mereka bakal membawa permainan Yu-Gi-Oh! Legacy of the Duelist: Link Evolution ke konsol Switch pada tahun ini.

Menurut Konami, informasi lanjut akan diumumkan kemudian dan menariknya versi konsol Switch ini akan dilancarkan secara global melalui Nintendo eShop secara digital dan juga fizikal. Dari segi tarikh pelancaran, ianya dikatakan bakal tiba sekitar tahun ini.

Bagi anda yang baru dengan siri permainan kad Yu-Gi-Oh! Legacy of the Duelist: Link Evolution, ianya merupakan edisi tambahan yang mana Yu-Gi-Oh! Legacy of the Duelist sebelum ini telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di Jepun yang mana ianya menyertakan sebilangan kandungan tambahan berbanding permainan sebelum ini.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini setelah Konami berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaannya.

Sohor Kini