Lawan pemadam merupakan satu permainan yang wajib dimainkan zaman sekolah suatu ketika dahulu. Ia menjadi popular sehingga membuatkan kedai menjual pemadam yang mempunyai pelbagai rekaan berbeza seperti bendera dan juga watak-watak Pokemon.

Jika anda ingin mengenang kembali kenangan tersebut tetapi malu untuk membeli pemadan, anda kini boleh bermain menggunakan telefon pintar Android anda.

Pembangun dari Malaysia iaitu Limited Games mengeluarkan permainan lawan pemadam secara digital iaitu Rubber Wrestling. Ia masih di peringkat beta baru-baru ini ia menyertakan kuasa berdasarkan Avengers dan juga kebolehan memilih bendera untuk mod 2 pemain.

Play Store: Rubber Wrestling

Sohor Kini