The Elite Championship Series (TECS) – Counter Strike: Global Offensive merupakan kejohanan CS:GO yang dianjurkan oleh The Pantheon Group dan Phidisk dengan kerjasama Penang Youth Development Corporation (PYDC).

Pusingan kelayakan untuk kejohanan ini berlangsung pada 23 sehingga 25 April secara dalam talian yang melihatkan 4 pasukan layak ke pusingan akhir iaitu Ninjustice Esports, MiSG, 5 Monkeys dan Vitual Genesis Anthrax. Di pusingan akhir yang bermula pada 3 Mei sehingga 4 Mei di KOMTAR, Pulau Pinang, mereka berentap melawan 4 pasukan jemputan iaitu FrostFire dari Malaysia, Beyond Esports dari Thailand, D13 dari Mongolia dan The Academy of Esports Singapore (AOES) dari Singapura.

Pusingan suku akhir tidak membawa sebarang kejutan apabila kesemua pasukan jemputan berjaya mengalahkan lawan masing-masing yang membawa pasukan D13 melawan Beyond Esports dan AOES melawan FrostFire di peringkat separuh akhir yang melihat Beyond Esports dan AOES layak ke pusingan akhir.

Di pusingan akhir, Beyond Esports berjaya mengalahkan AOES dengan keputusan 2-0. Walaupun pada pusingan pertama AOES memberi cabaran yang baik, tetapi pada pusingan kedua Beyond Esports berjaya mengalahkan pasukan Singapura tersebut dengan mudah iaitu jumlah markah 16-3.

Selaku juara, Beyond Esports membawa pulang hadiah bernilai RM20 ribu, naib juara AOES membawa pulang RM10 ribu, pasukan D13 dan FrostFire pula membawa pulang RM6 ribu dan 4 pasukan yang kalah di peringkat suku akhir membawa pulang RM2 ribu.

The Pantheon Group yang merupakan penganjur untuk kejohanan ini turut berkongsi perancangan mereka bagi membangunkan industri e-sukan di Malaysia dan juga asia tenggara.

Sohor Kini