Sebelum ini, The Voxel Agents melancarkan permainan The Gardens Between di konsol Playstation 4, Switch dan juga PC. Permainan tersebut asalnya dilancarkan di Xbox One dan boleh dimainkan melalui langganan Xbox Game Pass.

Terkini, The Voxel Agents mengumumkan pula versi permua buat permainan ini akan tiba pada 17 Mei 2019 ini khas melalui peranti iOS. Namun buat masa ini ianya hanya ditawarkan buat peranti iOS sahaja dan buat peranti Android masih belum diumumkan.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, The Gardens Between merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan dua rakan baik dimana pemain berupaya untuk memanipulasikan masa untuk menyelesaikan siri tekaria yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat, permua ini sudah boleh dipra-tempah melalui App Store dengan harga bermula RM19.90.

Pra-Tempah: The Gardens Between

Sohor Kini