Bagi anda yang ingin mencabar diri anda dan ingin mencari permainan seakan Dark Souls di permua, Direlight hari ini mengumumkan yang mana mereka melancarkan permua Grimvalor di mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma.
Buat masa ini permua ini dilancarkan sebagai versi Beta yang mana ianya menyertakan satu bahagian permainan tersebut. Namun, bagi anda yang ingin meneruskan permainan dan menyah-kunci 4 lagi bahagian lain, ianya boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM27.99.
Secara asasnya permainan in mempunyai dua watak pilihan boleh mainkan di mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh dan pada masa yang sama mengelak daripada serangan musuh.
Namun, memandangkan ianya memfokuskan bentuk secara 2 dimensi, permainan ini mempunyai bentuk yang agak ringkas dengan sokongan bermain melalui skrin sesentuh pemain. Menariknya seperti permainan Dark Souls, permainan ini juga mempunyai ketua musuh yang sangat sukar dan memerlukan pemain untuk banyak bersabar dan mengelak untuk bertempur dengannya.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, anda boleh ke pautan di bawah untuk memuat-turun secara percuma bagi peranti Android. Namun bagi peranti iOS, ianya dijual dengan harga RM29.90.
[download] Muat-Turun Android: Grimvalor [/download] [download] Muat-Turun iOS: Grimvalor [/download]