CFK hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Wonder Boy Returns Remix ke konsol Switch melalui Nintendo eShop menjelang 23 Mei 2019 ini.
Wonder boy Returns Remix merupakan permainan yang diolah semula berdasarkan permainan arked klasik yang dilancarkan beberapa tahun lepas dan kemudiannya versi olahan semula tersebut dilancarkan semula di PC dan Playstation 4.
Terkini tampaknya versi Switch pula diumumkan oleh CFK yang mana ianya akan menyertakan beberapa kandungan baharu seperti bentuk tembakan cas yang pemain boleh lakukan untuk menewaskan musuh dengan lebih senang.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, buat masa ini ianya disahkan bakal tiba secar digital sahaja dengan harga $14.99(~RM63) melalui Nintendo eShop. Bagi versi Playstation 4 dan versi Steam ianya telah dilancarkan dengan harga RM31.