Sebelum ini, Square-Enix berkongsi video khas di sebalik tabir buat permainan Final Fantasy VII dan pelbagai lagi permainan Final Fantasy oleh mereka sebelum ini yang mana anda boleh tonton di saluran rasmi Youtube Square-Enix.
Terkini mereka meneruskan dengan permainan seterusnya iaitu Final Fantasy X dan X-2 di mana mereka berkongsi bukan sahaja sejarah pembangunan malah apa perubahan yang mereka lakukan untuk permainan tersebut.
Video di atas menyertakan beberapa temu bual bersama pembangun yang terlibat dengan pembangunan permainan tersebut seperti Yoshinori Kitase, penerbit, Motomu Toriyama pengarah untuk permainan tersebut. Yusuke Naora, pengarah seni dan Takashi Katano iaitu pengatur cara utama permainan tersebut.
Menariknya, melalui video tersebut mereka juga berkongsi karya-karya konsep permainan tersebut yang mana pasti sangat mengasyikkan terutamanya buat mereka yang bermain dan mengembara di dalam dunia Spira buat siri Final Fantasy X.
Mereka jgua memperlihatkan bentuk permainan seperti bentuk pertempuran yang mana mereka menjelaskan kenapa ianya memfokuskan bentuk secara turutan dan pada masa yang sama kenapa permainan tersebut hanya boleh meletakkan 3 watak di dalam satu pertempuran untuk keseimbangan permainan dan sebagainya.
Bagi anda yang masih belum bermain Final Fantasy X dan X-2, kedua-dua permainan ini dilancarkan beberapa tahun lepas di Playstation 2. Namun ianya menerima versi pernambah-baikkan yang mana sudah pun dilancarkan di kesemua konsol generasi kini termasuklah Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga versi PC melalui Steam.