Focus Home dan Saber Interactive hari ini berkongsi perancangan kandungan tambahan buat permainan aksi zombi World war Z yang dikeluarkan pada 17 April lepas.

Perancangan tersebut memperlihatkan kandungan yang akan dikeluarkan sepanjang tiga bulan hadapan. Pada bulan ini, misi baharu untuk Tokyo akan tiba bersama dengan jenis zombi baharu yang boleh hidup kembali jika tidak dibunuh dengan betul.

Pada bulan Jun, mereka akan menyertakan tahap kesukaran baharu yang jauh lebih sukar berbanding tersedia sekarang. Ia akan memberikan pelbagai ganjaran. Ia juga akan menyertakan pelbagai barangan kosmetik baharu.

Bulan Julai kelak, pemain akan menerima cabaran mingguan dan tambahan barangan kosmetik serta pelbagai barangan lain. Selain itu, mereka juga mengatakan pelbagai fungsi lain seperti mod Survival, lobi tertutup, kebolehan untuk menukar kelas semasa PvPvZ kini sedang dibangunkan.

World War Z sebelum ini diumumkan telah terjual sebanyak 1 juta unit selepas seminggu dikeluarkan.

Sohor Kini