Skip to main content

Sebelum ini, kami melaporkan yang mana terdapat ura-ura berkenaan permainan Call Of Duty seterusnya untuk tahun ini akan meletakkan di dalam siri Modern Warfare, dan ia mungkin adalah Modern Warfare 4.

Terkini melalui laporan Dualshockers, tampaknya Activision menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan permainan Call Of Duty seterusnya yang dibangunkan oleh studio pembangun Infinity Ward sebelum penghujung Jun.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan studio Infinity Ward, mereka merupakan studio pembangun yang bertanggung jawab untuk sebilangan permainan Call Of Duty seperti siri Modern Warfare dan Call Of Duty terakhir yang dilancarkan oleh mereka merupakan Infinity Warfare pada 2016 lepas.

Kami percaya dengan bakal tibanya acara E3 pada Jun ini, Activision mungkin akan mengumumkannya ketika acara tersebut dan kami di Aksiz pasti akan berkongsi jika terdapat sebarang pengumuman oleh mereka.

Namun kami percaya dengan terlibatnya studio Infinity Ward, kita mungkin akan mendapat satu lagi Call Of Duty yang mempunyai bentuk permainan dan kandungan senjata berteknologi tinggi ataupun moden.

Leave a Reply