Sebelum ini, XSEED Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan siri permainan The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel secara global di Playstation 4, di mana permainan pertamanya telah pun dilancarkan pada Mac lepas dan kini permainan kedua iaitu The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel II pula bakal tiba di Playstation 4 pada 4 Jun 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel II sebelum ini dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita beberapa tahun lepas. Permainan tersebut kemudianya mendapat beberapa pernambah-baikkan dan dilancarkan semula di PC melalui Steam.

Terkini, melalui versi Playstation 4 pula, Nihon Falcom menyatakan bahawa mereka akan melancarkan bersama-sama dengan kandungan tambahan dan pada masa yang sama versi PC dan juga edisi khas Relentless Edition yang mana ianya menyertakan beberapa barangan tambahan seperti bekas besi, muzik latar, pin Ouroboros dan kad Sept-Terrion seperti yang anda lihat di atas.

Bagi anda yang sudah memiliki permainan pertama The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel yang dilancarkan Mac lepas di Playstation 4 dan ingin meneruskan pengembaraan permainan JRPG ini, pastikan anda mendapatkan permainan seterusnya, The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel II menjelang Jun ini.

Sohor Kini