Skip to main content

Team17 hari ini mengumumkan abhawa mereka kini bekerjasama bersama Hermes Interactive untuk melancarkan permainan simulasi masakan tekaria khas, Automachef di mana ianya akan dilancarkan tahun ini di PC melalui Steam dan konsol Switch.

Melalui Automachef, pemain akan diberi tugas untuk menghasilkan dan menyusun kelengkapan dan mesin masakan automatik untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan. Sebagai satu permainan tekaria, pemain bukan sahaja perlu menyusun dan merancang dapur tersebut malah pemain juga perlu memastikan tenaga yang digunakan bersama-sama tahap kebersihan terjaga.

Terdapat pelbagai jenis mesin masakan automatik yang pemain boleh gunakan seperti mesin untuk mengambil pesanan, untuk memotong bahan, memasak dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, dari segi resepi masakan, permainan ini menyediakan pelbagai masakan seperti burger, salad dan setiap resipi memerlukan mesin yang berbeza.

Semestinya ini adalah satu bentuk baharu buat permainan simulasi masakan dengan campuran bentuk tekaria yang pasti akan memberi cabaran buat pemain.

Tarikh pelancaran permainan ini masih belum dikongsikan dan seperti biasa kami pasti akan mengemaskini setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply