World of Goo merupakan permainan tekaria yang dikeluarkan lebih 10 tahun yang lepas oleh 2D Boy, dan ia sudah semestinya permainan yang kami sangat gemari pertama kali mencubanya.

Meneruskan program permainan percuma setiap 2 minggu, Transistor yang ditawarkan 2 minggu lepas tidak lagi boleh ditebus, tetapi ia digantikan dengan permainan yang mengimbau kenangan ini.

Bagi anda yang tidak mengenali permainan ini, anda akan mengawal sekumpulan Goo untuk membentuk laluan ke satu tempat, kebiasaan kedudukan tempat tersebut adalah lebih tinggi. Ia akan menguji minda anda.

Tawaran percuma ini adalah sehingga 16 Mei dan selepas itu permainan seterusnya ditawarkan percuma adalah Stories Untold.

Epic Games Store: World of Goo

Sohor Kini