Pada awal bulan lepas, Dontnod dan Square Enix berkongsi satu video ringkas memperlihatkan watak utama untuk permainan Life is Strange 2 iaitu Sean dan Daniel bersama dengan kumpulan baharu yang ditemui oleh mereka pada pengakhiran episod ke-2.

Hari ini, mereka berkongsi video acah penuh untuk episod ke-3 yang memperlihatkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di dalam episod ini. Antara perkara menarik yang disertakan adalah;

  • Seperti episod-episod lepas, Daniel memperlihatkan peningkatan mengenai kawalan kuasa beliau. Di dalam episod ini, jelas Daniel mula dapat mengawal kuasa beliau dengan lebih baik dapat mengawal beberapa batu dengan serentak. Beliau juga tampaknya mula dapat mengangkat sesuatu yang lebih berat berbanding biasa.
  • Sean diperlihatkan makin mesra dengan Cassidy iaitu watak yang diperkenalkan pada episod lepas dan sebahagian daripada kumpulan yang bersama dengan Sean dan Daniel.
  • Sean dan Daniel juga nampaknya berada di dalam kumpulan tersebut lebih daripada sebulan yang membuatkan Daniel resah. Menurut video tersebut, Sean mengatakan mereka memerlukan duit, tetapi berkemungkinan Sean menyukai Cassidy membuatkan beliau tidak ingin berpecah daripada kumpulan tersebut.
  • Sean dan Daniel bersama dengan kumpulan tersebut juga bekerja di satu ladang yang berkemungkinan besar adalah dadah.
  • Permasalahan antara Sean dan Daniel juga nampaknya mencapai klimaks, apabila Daniel mula tidak menyukai dengan kehidupan mereka serta tidak gemar di kawal oleh Sean. Ini sudah semestinya menjadi pilihan apa yang akan dilakukan oleh Sean menarik untuk diterokai.

Life is Strange 2 Episod ke-3 daripada 5 episod ini akan dikeluarkan pada 9 Mei 2019. Episod seterusnya iaitu ke-4 akan dikeluarkan pada bulan Ogos, manakala episod terakhir akan dikeluarkan pada bulan Disember ini.

Sohor Kini