Informasi Permainan Video Terkini
Pelakon Chewbacca, Peter Mayhew Meninggal Dunia

Pelakon Chewbacca, Peter Mayhew Meninggal Dunia

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Chewbacca, Han, Lea dan Luke adalah empat watak utama dari filem popular Star Wars. Kini hanya dua dari empat pelakon asal watak ini masih hidup selepas Peter Mayhew, pelakon watak Chewbacca disahkan meninggal dunia pagi ini pada usia 74 tahun.

Mayhew dilaporkan menghembuskan nafas terakhir beliau pada 30 April lalu Di Texas. Tiada sebab kematian dikongsi oleh ahli keluarga beliau. Dengan ketinggian 2.21 meter, beliau dipilih untuk melakonkan watak gergasi Chewbacca pada tahun 1977. Sebelum menjadi pelakon, beliau bekerja sebagai pembantu di King’s College Hospital London.

Kali terakhir beliau melakonkan watak Chewbacca ialah di dalam filem Star Wars The Force Awakens. Di dalam filem Solo A Star Wars Story dan Star Wars The Rise of The Skywalkers watak ini dilakonkan oleh Joonas Suotamo kerana Mayhew telah terlalu uzur.


TIPS & ULASAN