Ubisoft hari ini akhirnya mengumumkan acara misi khas untuk permainan Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands yang mana ianya menyertakan dua misi khas yang dipanggil Operation Oracle. Kemaskini ini akan tiba secara percuma buat Playstation 4, Xbox One dan PC bermula hari ini.

Menariknya, misi tersebut juga memperlihatkan pelakon terkenal Jon Bernthal sebagai salah seorang daripada pasukan Ghost untuk menjalankan misi tersebut.

Menariknya, misi tersebut boleh dimainkan secara solo ataupun secara multi-pemain dan semestinya salah satu aspek utama di dalam permainan Ghost Recon Wildlands.

Selain itu, bagi anda yang masih belum mempunyai permainan ini, Ubisoft juga mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sesi percubaan khas buat semua platform secara percuma di mana anda berpeluang untuk bermain permainan penuh Ghost Recon Wildlands bermula hari ini sehingga 5 Mei ini. Untuk informasi lanjut berkenaan sesi percubaan tersebut anda boleh melayari laman rasmi Ghost Recon Wildlands.

Ghost Recon: Wildlands adalah permainan taktikal aksi penembak pandang pertama dunia terbuka yang dibangunkan oleh Ubisoft dan ia telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini