Bagi anda yang pernah bermain permainan Blades Of Times mahupun X-Blades pada era Playstation 3 dan Xbox 360 beberapa tahun lepas, anda pasti mengetahui berkenaan pembangun permainan Gaijin Entertainment di mana mereka terkenal dengan permainan ini beberapa tahun lepas dengan penerbitan oleh Konami.
Terkini, Gaijin Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kembali permainan ini di konsol Switch sebagai permainan pernambah-baikkan di mana ianya akan menyertakan beberapa pernaik-tarafan visual dan bentuk permainan.
Blades Of Times memfokuskan bentuk aksi pengembaraan dan pemain akan bermain sebagai Ayumi, iaitu seorang pemburu harta karun yang mana pemain bukan sahaj perlu bertempur dengan pelbagai jenis musuh sepanjang pengembaraannya, malah mempelajari pelbagai jenis kemahiran yang unik, seperti keupayaan untuk mengembalikan masa.
Selain, permainan ini juga akan menyediakan mod multi-pemain di mana ianya akan memfokuskan bentuk arena yang pemain berupaya untuk memilih sebilangan watak berbeza dan bertempur dengan musuh.
Menurut Gaijin ENtertainment, Blades Of Times akan dilancarkan pada 14 Mei 2019 ini di Switch melalui Nintendo eShop.