Skip to main content

Jika bulan lepas, permainan seperti Days Gone dan Mortal Kombat 11 menarik perhatian, bulan ini turut walaupun ia tidak menarik seperti bulan-bulan lepas, tetapi sudah semestinya ada permainan yang menarik.

Seperti biasa, kami memilih 12 permainan yang akan dikeluarkan pada bulan ini, senarai tersebut anda boleh lihat-nya di bahagian akhir artikel ini. Pada masa yang sama berikut adalah 4 permainan yang akan dikeluarkan pada bulan ini.

Rage 2

Rage 2 merupakan permainan baharu daripada Bethesda, dan ia merupakan permainan menembak pandang pertama. Walaupun ia dibangunkan oleh Avalanche Studio, akan tetapi dengan kerjasama bersama dengan id Software saya boleh katakan ia akan menjadi satu permainan yang menarik. Terutama jika bercakap mengenai permainan genre ini, Bethesda mempunyai satu rekod yang baik seperti Doom dan Wolfenstein. Rage 2 akan dikeluarkan pada 14 Mei 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Team Sonic Racing

Apabila kita bercakap mengenai permainan paling laku untuk setiap konsol oleh Nintendo, boleh dikatakan Super Mario Kart adalah antara tertinggi jika bukan paling banyak terjual. Team Sonic Racing merupakan permainan yang boleh dikatakan sama dengan permainan popular oleh Nintendo tersebut. Ia merupakan permainan perlumbaan kart yang dikeluarkan oleh Sega dan berdasarkan siri Sonic the Hedgehog. Berbeza dengan Super Mario Kart ia tidak dikeluarkan secara eksklusif untuk konsol Nintendo, jadi ia boleh dimainkan oleh pemain-pemain yang memilik konsol berlainan. Team Sonic Racing akan dikeluarkan pada 21 Mei 2019 untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Total War: Three Kingdom

Selepas beberapa kali tertunda, Total War: Three Kingdom akhirnya akan dikeluarkan pada bulan ini. Bagi pengikut siri permainan Total War ia adalah satu permainan yang sudah semestinya dinanti-nantikan. Selepas beberapa tahun, Total War memfokuskan dunia fantasi Warhammer, melalui Three Kingdom akhirnya mereka kembali ke latar bertemakan sejarah dunia. Total War: Three Kingdom dibangunkan oleh Creative Assembly dan akan dikeluarkan pada 23 Mei 2019.

Observation

Observation merupakan permainan yang dibangunkan oleh No Code yang terkenal dengan permainan seram. Melalui permainan ini, pemain akan menjadi AI di atas satu stesen angkasa dan perlu membantu Dr. Emma Fisher untuk menyiasat apa yang berlaku di stesen tersebut serta kehilangan krew-krew di situ. Ia akan diterbitkan oleh Devolver Digital untuk Playstation 4 dan PC pada 21 Mei 2019.


Di atas merupakan permainan menarik yang akan dikeluarkan sepanjang bulan Mei ini. Bagaimana dengan anda, ada permainan yang anda lebih nantikan tetapi kami tidak senaraikan?

Leave a Reply