Skip to main content

Earthworm Jim adalah satu permainan klasik yang menjadi kegemaran kami suatu masa dahulu, ia pertama kali dikeluarkan pada tahun 1994 untuk Sega Genesis sebelum turut dikeluarkan untuk konsol-konsol lain.

Ura-ura yang mengatakan permainan tersebut bakal menerima siri terbaru sudah didengari lebih 10 tahun lepas akan tetapi tiada sebarang pengesahan mengenainya.

Tommy Tallarico yang merupakan komposer asal dan juga pereka bunyi untuk permainan ini mengumumkan pasukan pembangun asal akan kembali untuk membangunkan permainan baharu Earthworm Jim.

Beliau yang juga merupakan CEO untuk Intellivision turut mengatakan permainan tersebut akan dikeluarkan secara eksklusif untuk konsol oleh mereka iaitu Amico yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Kami sudah semestinya agak tertarik dengan prospek permainan baharu Earthworm Jim tetapi agak kecewa ia eksklusif untuk satu konsol yang baharu.

Maklumat lanjut mengenai permainan tersebut akan dikongsikan melalui sesi penstriman langsung di channel Twitch Intellivsion pada 5 Mei, 3 pagi.

Leave a Reply