Gearbox Software minggu ini berkongsi maklumat lanjut mengenai permainan looter shooter mereka Borderlands 3. Antaranya adalah satu video bentuk permainan baharu.

Video tersebut memperlihatkan penjahat-penjahat baharu yang pemain perlu tewaskan, ia juga memperlihatkan kawasan-kawasan baharu yang boleh diterokai oleh pemain. Namun, secara keseluruhan ia adalah satu permainan Borderlands seperti mana permainan sebelum ini.

Mereka juga mengumumkan Borderlands 3 tidak akan menyertakan mikro-transaksi, tetapi akan mempunyai pelbagai penambahan seperti DLC dan barangan kosmetik yang boleh dibeli secara terus.

Borderlands 3 akan dikeluarkan pada 13 September 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC (melalui Epic Games Store).

Sohor Kini