Informasi Permainan Video Terkini
Mod Pertempuran Royale CS:GO Menerima Fungsi Ping dan Respawn
PC

Mod Pertempuran Royale CS:GO Menerima Fungsi Ping dan Respawn

Diterbitkan pada Mei 2, 2019 oleh .

Kemaskini baharu untuk mod pertempuran royale Danger Zone bagi permainan Counter Strike: Global Offensive iaitu Sirocco menyertakan beberapa fungsi yang sudah menjadi kebiasaan untuk permainan pertempuran royale.

Antara yang disertakan adalah fungsi Ping membolehkan pemain menanda barangan untuk rakan sepasukan, selain itu ia juga menerima fungsi Respawn, namun, berbanding seperti Apex Legends ia mengikut fungsi yang sama disertakan di dalam mod pertempuran royale untuk Black Ops 4.

Pemain berpeluang untuk hidup kembali apabila circle baharu bermula dan sekurang-kurangnya seorang rakan sepasukan masih hidup. Menariknya pemain boleh memilih kawasan untuk hidup semula membolehkan pemain melakukan strategi tertentu.

Danger Zone merupakan mod pertempuran royale bagi permainan ini yang diperkenalkan pada akhir tahun lepas. CS:GO boleh dimuat turun secara percuma.


TIPS & ULASAN