Epic Games hari ini mengumumkan yang mereka di dalam proses mengambil alih pembangun permainan arena perlawanan kereta Rocket League iaitu Psyonix.
Buat masa ini jumlah kos pengambil-alihan masih tidak diumumkan. Epic Games juga mengatakan buat masa ini mereka tiada perancangan untuk menghentikan penjualan permainan tersebut di Steam setelah pengambil-alihan selesai, namun, permainan tersebut akan hadir ke Epic Games Store.
Ini merupakan satu perkembangan yang menarik, buat masa ini Epic Games hanya berharap kepada Fortnite sahaja sebagai permainan utama mereka.
Dengan kepakaran Epic Games, kemungkinan besar Rocket League akan menerima pelbagai penambahan yang menarik. Kami berharap, Rocket League bakal menerima sistem akaun sama seperti Fortnite di mana akaun yang sama boleh digunkan di semua platform.