Power Rangers: Battle for the Grid telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan Switch bulan lepas yang mana versi PC pula akan diumumkan kemudian. Walaupun begitu, dukacitanya permainan tersebut tidak tiba di pasaran Malaysia secara rasmi.

Meskipun begitu, bagi anda yang memiliki dengan mengimport ataupun berminat untuk membelinya dalam masa terdekat ini, nWay hari ini melancarkan kemaskini baharu buat permainan tersebut yang mana ia menyertakan mod penceritaan khas secara percuma.

Menurut nWay, kemaskini tersebut akan memfokuskan penceritaan baharu yang mana ianya diolah semula berdasarkan siri komik Power Rangers Shattered Grid di mana Lord Drokkon, iaitu versi penjahat Power Rangers Tommy Oliver akan membawa kemusnahan buat keseluruhan Power Rangers.

Menariknya, penceritaan ini juga bukan sahaja menterjemahkan semula siri tersebut malah pelakon suara latar juga dilakonkan khas oleh pelakon-pelakon asal Power Rangers seperti Jason David Frank sebagai Tommy Oliver, Austin St. John sebagai Jason Lee Scot dan sebagainya termasuklah watak pelakon asal untuk Kimberly, Goldar dan Zordon.

Bersempena dengan kemaskini ini juga, nWay akan membawa 3 watak baharu untuk pemain gunakan iaitu Dragon Armor Trini, Udonna dan Cenozic Blue Ranger bersama-sama dengan beberapa arena pentempuran baharu seperti Corinth dan Planet Earth Cenoic Era.

Bagi anda yang memiliki permainan Power Rangers: Battle For The Grid, jangan lupa untuk memuat-turun kemaskini ini secara percuma untuk menerima kandungan-kandungan baharu tersebut.

Sohor Kini