Skip to main content

Sebelum ini, Rovio melancarkan permainan Angry Birds VR: Isle Of Pigs di PC dan konsol yang mana ianya adalah permainan realiti-maya berdasarkan siri Angry Birds.

Terkini, dengan teknologi ARKit oleh Apple, Rovio dan Resolution Games akhirnya membawa permainan tersebut ke peranti iOS sebagai permua, iaitu Angry Birds AR: Isle Of Pigs yang mana kini ianya sudah boleh dimuat-turun secara percuma.

Angry Birds AR: Isle Of Pigs merupakan permua realiti-terimbuh di mana seperti permainan Angry Birds sebelum ini, pemain akan menembak burung ke arah watak musuh, khinzir untuk menghapuskan mereka. Melalui permainan ini, kesemua watak klasik Angry Birds juga tiba seperti Red, Bomb, Chuck dan juga Blues di mana setiap satunya mempunyai kemahiran yang berbeza.

Menurut Rovio lagi, permua ini juga akan menyertakan peringkat 3 dimensi yang mana pemain berupaya untuk melihat keseluruhan pentas permainan tersebut secara 360 darjah. Permua ini juga akan menyertakan lebih dari 50 peringkat untuk pemain main dan kandungan tambahan juga akan dilancarkan kemudian.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permua ini, ianya boleh dimuat-turun melalui pautan dibawah dan ianya akan menyokong peranti iOS dari iPhone 6S ke atas dan iPad generasi ke-5 ke atas dan kesemua model iPad Pro.

[download] Muat-Turun: Angry Birds AR: Isle Of Pigs [/download]

Leave a Reply