Pada tahun 2017 lepas, DotEmu dan LizardCube telah mengejutkan dunia permainan dengan melancarkan permainan Wonder Boy The Dragon’s Trap di mana ianya adalah permainan yang diolah semula berdasarkan Wonder Boy III: The Dragon’s Trap di konsol Master System lebih dari 30 tahun lepas.
Terkini, DotEmu mengumumkan pula bahawa mereka akan membawa permainan tersebut ke peranti telefon pintar di mana versi permua permainan ini akan dilancarkan 30 Mei 2019 ini dan pra-pendaftaran sudah pun bermula melalui Google Play Store.
Wonder Boy The Dragon’s Trap adalah permainan aksi platformer yang memfokuskan pemain berupaya untuk menukar dirinya kepada pelbagai bentuk haiwan di mana setiap satunya mempunyai kemahiran berbeza.
Permainan ini sememangnya mendapat pelbagai pujian selepas ia dilancarkan beberapa tahun lepas atas sebab visual grafik lukisan tangan yang cantik di campur bentuk permainan yang asli dengan permainan asalnya.
Menurut LizardCube, versi permua ini akan dibangunkan khas dengan sokongan kawalan menggunakan skrin sesentuh dan optimasi untuk peranti-peranti terkini buat Android dan juga iOS.
Bagi anda yang berminat, Wonder Boy The Dragon’s Trap versi permua ini akan dilancarkan 30 Mei 2019 ini di iOS dan Android. Namun, bagi pra-pendaftaran, buat masa ini ianya hanya boleh dibuat melalui Google Play Store sahaja.
[info] Pra-Daftar: Wonder Boy The Dragon’s Trap [/info]