Informasi Permainan Video Terkini
Animasi Berasaskan Permua Ingress Kini Boleh Ditonton Di Netflix

Animasi Berasaskan Permua Ingress Kini Boleh Ditonton Di Netflix

Diterbitkan pada Mei 1, 2019 oleh .

Ingress merupakan salah satu permua (<em>permainan mudah-alih</em>) yang popular dikalangan sejumlah pemain, dan mempunyai peminatnya tersendiri sehingga hari ini. Malah, permua berkenaan juga telah menjadi asas kepada permainan Pokemon Go yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Terkini, khusus bagi para peminat permua berkenaan – dan termasuk dalam usaha menarik pemain baru ke Ingress, sebuah animasi baru telah diterbitkan di Netflix, iaitu Ingress : The Animation.

Siri animasi ini mengisahkan dimana saintis berjaya menemui sebuah benda misteri yang berupaya untuk mempengaruhi minda manusia. Ia seterusnya mengikuti kisah disebalik watak Makoto dan Sarah dalam animasi berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh menonton siri animasi ini di Netflix hari ini, atau mungkin boleh memuat-turun dan memainkan Ingress kembali hari ini.


TIPS & ULASAN