Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Biro Perdangan Asing, MOEA Taiwan hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kejohanan Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) 2019 di mana kejohanan tersebut akan berlangsung sepanjang April sehingga Oktober tahun ini.
Kejohanan tersebut akan bermula dengan 10 pusingan kelayakan di mana akan terdapat 4 pertandingan LAN Party dan 6 pertandingan atas-talian sepanjang tahun ini dan pusingan akhir akan berlangsung pada 11 sehingga 13 Oktober ini di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Bagi yang menjuarai kejohanan tersebut, mereka juga berpeluang untuk bertanding di kejohanan agung yang bakal berlangsung di Taiwan tahun ini.

Kejohanan ini juga disokong khas oleh pelbagai jenama-jenama permainan video seperti Acer, Asus, MISI, ADATA, Gigabyte, InWin, TeamGroup, Thermaltake, Transcend dan Zadak. Tambahan itu, kejohanan ini juga disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Menariknya terdapat 7 permainan yang akan dipertandingkan iaitu:
- Dota 2
- League Of Legends
- Counter-Strike: Global Offensive
- Pro Evolution Soccer 2019
- Super Smash Bros. Ultimate
- Mobile Legends
- Tekken 7
Menurut pengajur, acara tersebut mempunyai hadiah terkumpul sehingga RM113,000 di mana hadiah tersebut terbahagi mengikut kedudukan dan juga segala perbelanjaan buat kejohanan agung TEEC 2019 di Taiwan buat pemenang kejohanan ini.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai kejohanan ini, pendaftaran kini dibuka dan boleh dibuat melalui laman rasmi TEEC 2019 di bawah.
[info] Layari: Taiwan Excellence Esport Cup 2019 [/info]